Maklumat Syarikat

Rihan Business Network merupakan sebuah syarikat pengurusan yang menawarkan perkhidmatan Kursus Pra Perkahwinan Islam yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Matlamat utama syarikat adalah untuk memberi kursus pra perkahwinan serta khidmat nasihat berkaitan perkahwinan kepada pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.

Ia juga akan memberikan kefahaman tentang konsep perkongsian hidup bercirikan Islam.

Bimbingan ke arah penyelesaian permasalahan rumahtangga dan sesi kaunseling juga turut diberikan.

Semua bakal pengantin adalah di wajibkan mengikuti kursus ini sebelum mengemukakan borang permohonan perkahwinan di jabatan Agama Islam di tempat masing- masing.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

Ar-Rum:Ayat 21