Maklumat Syarikat

Rihan Business Network merupakan sebuah syarikat pengurusan yang menawarkan perkhidmatan Kursus Pra Perkahwinan Islam yang mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Matlamat utama syarikat adalah untuk memberi kursus pra perkahwinan serta khidmat nasihat berkaitan perkahwinan kepada pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.

Ia juga akan memberikan kefahaman tentang konsep perkongsian hidup bercirikan Islam.

Bimbingan ke arah penyelesaian permasalahan rumahtangga dan sesi kaunseling juga turut diberikan.

Semua bakal pengantin adalah di wajibkan mengikuti kursus ini sebelum mengemukakan borang permohonan perkahwinan di jabatan Agama Islam di tempat masing- masing.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

Ar-Rum:Ayat 21

Maklumat Kursus

Maklumat Kursus

  • Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI)
  • Ia bermula jam 10:00 pagi sehingga 6:30 petang pada hari Sabtu dan di sambung hari Ahad jam 8:30 pagi sehingga 1:00petang.
  • Penceramah-penceramah bertauliah yang memiliki Sijil Pemudahcara dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.
  • Sijil Kursus dikeluarkan oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan diiktiraf seluruh negeri di Malaysia serta tiada had tempoh.
  • Dewan Kuliah berhawa dingin dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan termasuk surau.
  • Makan dan minum disediakan sepanjang kursus.
  • Khidmat nasihat sebelum, semasa dan selepas kursus.
  • Yuran yang berpatutan: RM80.00 (termasuk buku bacaan "Memasuki Gerbang Perkahwinan", fail, sijil penyertaan serta makan & minum sepanjang dua hari berkursus ).
  • Terdapat 11 tajuk untuk di ketahui seperti ibadah, akidah, hubungan suami-isteri, akhlak, pengurusan stress, konflik, prosedur & undang-undang rumahtangga seperti nikah cerai dan rujuk.

Sijil Kursus

  • Sijil Kursus akan dikeluarkan oleh JAWI pada hari Khamis atau 3 hari selepas Kursus jika tiada cuti umum.
  • Ia boleh diambil di tempat Kursus pada hari Sabtu dan Ahad atau di pejabat kami, Kuala Lumpur dari pukul 9 pagi hingga 5 petang untuk hari bekerja.
  • Sijil boleh diguna diseluruh Malaysia termasuklah untuk memohon berkahwin luar negara.
  • Sijil Kursus juga dapat diguna sampai bila-bila tanpa had masa, maksudnya jika anda belum lagi merancang untuk berkahwin, anda juga boleh mengikuti Kursus ini.